Friday, April 23, 2010

Hello girls.

aku ada dua cerita.

1. terkejut disergah masa tengah jalan kaki lepas balik makan.

2. pergi tengok Hooperz kat KLCC, satu cinema tu ada tujuh orang je.

tapi aku malas nak tulis panjang-panjang ni. ok fine ok aku tulis sikit-sikit je yang penting faham eh. cais macam la orang nak baca sangat apa aku tulis sini.

WHATEVER.

*semakin suka guna whatever lepas baca teori Hana*

HAHAHA.

malam hari tu four of us girls pergi makan Velo. on the way back sambil tengah sembang, ada mamat dua orang naik motor tiba-tiba sergah kami dari tepi jalan tu. harammm terkejut tau tak. KT jerit sebab terkejut and berhenti jalan, diam. aku pun mula-mula nak jerit terus tak jadi sebab KT dah laju jerit dulu. haha. kami pun tanpa segan dan silu memaki mencarut kepada mamat berdua tadi sebab menyergah kami. ye lah, siapa tak terkejut. dah la berita kat TV, dalam paper tu semua asyik report pasal ragut lah, rompak lah, cabul lah, cakap sikit siapa yang tak takut kalau asyik baca berita macam tu? lepas tu kami straight lagi jalan, dah dekat dengan gate tiba-tiba ada orang naik motor jerit 'sorry' kat tepi jalan tu. kami gelak sebab haha tau pun rasa bersalah! tak comel la abang kalau jerit sergah budak-budak perempuan. lain kali jangan buat lagi tau.

oh oh oh semalam kami berempat jugak lagi pergi KLCC, nak tengok Hooperz punya pasal. alah cerita yang ada Melissa Maureen tu, cerita pasal main netball. ok fine comel la jugak ceritanya. not that bad, tak semerepek I'm Not Single @ Selamat Pagi Cinta tu. aku dengan KW bukan main terkejar-kejar lagi nak beli tiket, tiba-tiba masuk je mak oi ada tiga orang jek. haha. itu pun lelaki. campur kami empat orang jadi lah tujuh. padahal semalam first day cerita tu keluar kat wayang. assumptions yang boleh aku buat ialah sebab semalam hari Khamis, orang kerja so sebab tu lengang teruk. kedua, sebab tu cerita Melayu type-type perempuan gedik sikit sebab tu orang tak prefer nak tengok agaknya. baik dorang tengok Shutter Island ke, Losers ke kan.

erm so there goes my two stories.

hari ni aku tak ada kelas, dengki tak?

No comments: