Friday, April 2, 2010

Do things by heart.

this morning bila bukak Facebook I saw my friend, Farah Ibrahim updates her status tulis pasal something related to rindu-rindu ni, saying that she was very malu you know to bagitau straight away to her parents that she miss them.

hehe I think of a word : cute.

lepas tu maybe a friend of her kut yang comment kat status tu and tulis jangan malu untuk cakap yang kita rindukan ibu bapa kita. dia tulis lagi, sementara mereka masih ada kita perlu sentiasa menggembirakan mereka sebab kalau terjadi sesuatu nanti kita tadak la rasa terkilan dsb. it crossed my mind, kenapa perlu malu, ya tak?

so so so tadi petang bapak called membawa perkhabaran beliau di rumah nani dengan mak, visit anak baru kak long la apa lagi. aku tanya la mana adik, tak ikut ka. bapak cakap adik tak ikut, dia nak menelaah kat rumah. kan dia nak SPMMM. ceh macam tipu ja, tengok-tengok satgi call mesti duk melepak kat Zaas. aku pun usik mak dengan bapak, amboi la ni kerja duk berjalan berdua ja, romantik habis. haha bapak gelak.

aku teringat la pasal rindu tapi malu nak mengaku apa semua yang aku tulis kat atas tadi kan, aku pun straight cakap kat bapak dengan mak (memandangkan depa sangat bekerjasama dan pandai berjimat dengan membuat loudspeaker), I miss you both la der (tiru ayat Adnan Sempit sikit kasi gempak) haha lepas tu cuba teka bapak dengan mak jawab apa.

tettt salah!

(padahal tak tau pun ampa semua teka apa)

hahaha.

bapak : rindu? awat, tadak duit ka?
mak : kalau rindu balik la, bila balik lagi?

damnnn ayat bapak tak boleh pergi!

hish ada pulak aku cakap aku rindu dia tanya aku ada duit ka dak.

mesti dalam hati dia berprasangka terhadap aku. mesti dia bajet aku cakap rindu rindu-sayang sayang dulu kira macam bodek dia lepas tu baru mintak duit.

alahai bapak, anakanda mu ini tidak sebegitu materialistik ya.

I love you guys lah sebab ceriakan petang Jumaat Fani hari ni.

XD

moral of the story : jangan malu untuk mengaku rindu walaupun mungkin mak bapak kita akan macam terkejut sikit sebab anak mereka tiba-tiba mengeluarkan sesuatu yang begitu bernas lalu mereka akan memberi komen yang juga mungkin sedikit di luar jangkaan kita.

selamat mencuba dan beramal!

2 comments:

Dalila said...

HAHA lawak ped lawak kejang perut aku gelak :))

[z@ck] said...

ahahaha..
en rafed mmg sangat mengenali anaknya..
=)