Wednesday, April 28, 2010

An item we'd been.


"The hottest I LOVE has the coldest end."

Sunday, April 25, 2010

Be good little rascal.


this is one little Chinese Boy I met during the time I went to Genting last Feb.

he's cool, as the way he introduced himself to us. he even claimed he had a big belly HAHAHA that's so funny of him. he said he didn't has any other siblings and then he asked me if I had one. I told him I had one little brother and then he said he wants one too. my oh my.

he's only six. during the conversation we had, his parents were just smiling and quite a number of time they tried to warn him to watch his manners. you know why? because unexpectedly he'd hugged me from the back, Jah pun! but he didn't hug Nun, might be because Nun's scaring him off with her fake big eyes. I wonder if he's a Singaporean or something because he speaks decent English.

till we meet again, little boy.

Friday, April 23, 2010

Painful sores.


a mouth ulcer, oral ulcer or in American English, canker sore is an open sore inside the mouth caused by a break in the mucous membrane or the epithelium on the lips or surrounding the mouth.

thank you baby Wiki, thank you darling Google.

sakit wey sakit.

:'(

Hello girls.

aku ada dua cerita.

1. terkejut disergah masa tengah jalan kaki lepas balik makan.

2. pergi tengok Hooperz kat KLCC, satu cinema tu ada tujuh orang je.

tapi aku malas nak tulis panjang-panjang ni. ok fine ok aku tulis sikit-sikit je yang penting faham eh. cais macam la orang nak baca sangat apa aku tulis sini.

WHATEVER.

*semakin suka guna whatever lepas baca teori Hana*

HAHAHA.

malam hari tu four of us girls pergi makan Velo. on the way back sambil tengah sembang, ada mamat dua orang naik motor tiba-tiba sergah kami dari tepi jalan tu. harammm terkejut tau tak. KT jerit sebab terkejut and berhenti jalan, diam. aku pun mula-mula nak jerit terus tak jadi sebab KT dah laju jerit dulu. haha. kami pun tanpa segan dan silu memaki mencarut kepada mamat berdua tadi sebab menyergah kami. ye lah, siapa tak terkejut. dah la berita kat TV, dalam paper tu semua asyik report pasal ragut lah, rompak lah, cabul lah, cakap sikit siapa yang tak takut kalau asyik baca berita macam tu? lepas tu kami straight lagi jalan, dah dekat dengan gate tiba-tiba ada orang naik motor jerit 'sorry' kat tepi jalan tu. kami gelak sebab haha tau pun rasa bersalah! tak comel la abang kalau jerit sergah budak-budak perempuan. lain kali jangan buat lagi tau.

oh oh oh semalam kami berempat jugak lagi pergi KLCC, nak tengok Hooperz punya pasal. alah cerita yang ada Melissa Maureen tu, cerita pasal main netball. ok fine comel la jugak ceritanya. not that bad, tak semerepek I'm Not Single @ Selamat Pagi Cinta tu. aku dengan KW bukan main terkejar-kejar lagi nak beli tiket, tiba-tiba masuk je mak oi ada tiga orang jek. haha. itu pun lelaki. campur kami empat orang jadi lah tujuh. padahal semalam first day cerita tu keluar kat wayang. assumptions yang boleh aku buat ialah sebab semalam hari Khamis, orang kerja so sebab tu lengang teruk. kedua, sebab tu cerita Melayu type-type perempuan gedik sikit sebab tu orang tak prefer nak tengok agaknya. baik dorang tengok Shutter Island ke, Losers ke kan.

erm so there goes my two stories.

hari ni aku tak ada kelas, dengki tak?

Thursday, April 22, 2010

Itu yang kita pilih.

rasa pelik dan kagum dengan sesetengah daripada kita, termasuk aku for sure. sebab apa? ehm ehm sebab kita boleh dan pandai untuk berpura-pura. kalau ikut gred SPM dapat A1 of course, cemerlang habis.

lebih kurang macam gini lah ye,

aku tak suka kau.
kau tak suka aku.
aku cakap belakang kau.
kau cakap belakang aku.

tapi,

kalau kau jalan depan aku, kau tegur aku, ramah gila. sama jugak kalau aku terserempak dengan kau, aku senyum buat muka excited macam dah lama tak nampak kau. kau buat-buat gelak masa aku buat lawak, aku buat-buat baik tanya kenapa kau gelak sebab aku tau lawak aku tak lawak sangat pun. kau buat-buat tanya aku tengah buat apa, aku buat-buat bangga jawab tengah makan walaupun kau dah memang nampak aku pegang fork and spoon menghadap pinggan yang berisi nasik. kau buat-buat mulia offer nak tolong aku, aku buat-buat macho cakap tak payah lah, masalah aku biar aku settle sendiri. kau buat-buat kesian tengok aku demam, aku buat-buat lemah mintak belas kasihan.

funny, funny.

you know what's funnier?

kau claim aku as kawan kau,
and aku pun mengaku berkawan dengan kau.

Tuesday, April 20, 2010

Fact.

due to my extravagant schedule these few weeks, aku sampai lupa mau reply text message. sorry weh sumpah sorry aku tau tak baik buat macam tu.

kadang-kadang lepas kelas aku lupa keluarkan handphone, aku simpan jek dalam beg aku bawak pergi kelas tu siap tengah silent mode lagi.

tak hairan lah bapak bising kalau call asyik tak berjawab.

tak sempat la nak belek phone, serious. kalau belek pun mesti masa dah nak tidur, sebab tu you hantar message good morning I reply good night der.

Monday, April 19, 2010

Dulu kecik-kecik,

aku pernah dengar pesan orang tua-tua. jangan tidur tangan bersilang dan lepas tu letak tangan atas kepala, tak elok. atas sebab apa, entah aku pun dah lupa.

tapi itu dah macam jadi habit aku, tidur mesti letak tangan atas kepala, paling lekeh pun kena letak bantal ke selimut ke. rasa selesa pulak buat macam tu. rasa selamat, tak takut sangat especially kalau sorang-sorang dalam gelap.

hehe mana ada pelik pun kan kan kan?

Sunday, April 18, 2010

Darling, it ain't easy.

I called adik just now asking what's he doing since each time mak called, mak asyik pesan suruh check on him, bagi nasihat, tanya berapa jam belajar untuk hari tu and so on.

tapi dia tak angkat pulak!

hish but when I turned on my messenger tiba-tiba nampak si gemuk ni online. I buzzed him and tanya tengah buat apa, he replied tengah buat karangan. cewah I teased him, sekarang ni orang buat karangan kat ym noh?

dia reply muka gelak jek, lepas tu tulis, ni tengah cari karangan superb ni lepas tu nak email kat Anuar suruh check and print.

aku pun apa lagi, hah amboih google karangan yang tip-top ja ka tak payah buat sendiri? ha memang SPM nanti soalan karangan tu suruh search kat internet pun. hah siap lah kakak habaq kat bapak suruh dia ambik laptop adik nanti lepas SPM baru bagi balik.

dia cuak agaknya lepas tu tulis, erm takpa lah out dulu noh.

ewah-ewah budak-budak la ni buleh main google-google karangan pulak. ingatkan aku jek google The Wild Swans punya literary devices sebab malas nak fikir. takpa lah aku google sebab tak masuk exam, ni sudah terang lagi bersuluh SPM nanti kena buat karangan BERTULIS TANGAN. eee geram la Mohamed Irfan B. Mohamed Rafed ni, he never failed in making the rest of us worried about him.

tunggu lah kakak balik, siap la kakak tonyoh suruh belajaq duduk kat meja study tak bagi bergerak mana-mana baru padan muka adik.

Friday, April 16, 2010

Whatever means F.

thank youuu Oon for making my day this morning!!!

hari ni status Hana ; whatever means fuck you.

alright not that sure, it's just my guessing.

stail lah Hana oh yeah happy belated 21st darl!

hai hai bai bai.

Thursday, April 15, 2010

Can at least something going right?

now I have mixed feelings. I don't know how to say this. yeap dah seminggu merajuk, tapi nothing changed. so at last I made the call. I didn't do anything wrong, I'm totally sure but still it will be me who always apologizing. at first I wanted to tell them something, but I couldn't anymore for how I was being treated before. why is it nak merajuk sampai seminggu? sebab aku nak cakap benda penting bukan benda suka-suka. lagipun kalau merajuk lama-lama bukannya ada boyfriend nak datang pujuk macam KW pun hahah because she's busy studying for her final. wtv. then I was being called out for not doing a complete work and what I get was being laughed at. no it's not funny, it's not even close. ye aku tak cakap pun suruh orang lain bersimpati ke apa tapi agak-agak lah sikit. tingkatkan tahap sensitiviti sikit boleh? then I got jealous. then I got this cramp. then I got these other shitloads. then I encountered some attitude problems from several different people. what more to come? come on tell me please.

Tuesday, April 13, 2010

One of the boys.

hai saya Muhamad Hazim Mustafa. saya comel, garang, gelap, gigi putih, suka buat teruk, suka buli Nur Farhani Mohd Rafed dan Rahida Ainun Noordin, selalu lambat tiba di tempat yang dijanjikan, makan banyak, gedik, gila, suka tengok cerita Korea yang tak berpijak di bumi yang nyata, suka tengok abang jual ubat kat Stadium malam Ahad, suka main futsal, suka main game tak kira masa, suka beli burger lebai lepas tu pi menempel depan rumah orang lain makan burger sama-sama, suka tengok bola sampai terlupa reply message, banyak jugak lah yang saya suka. satu ja saya kurang suka ; balik UNIMAP. haha. eh eh satu lagi saya tak suka Manchester United!

meet my bestie people, MAT! he's someone I could always count on selain my girlfriends. yeap Mat got his flaws, tapi siapa lah yang tadak kan? I've been friend with Mat dari kecik-kecik sekolah rendah lagi. Mat paling tak boleh pergi dengan Ainaa masa sekolah dulu sebab Ainaa garang. haha.

erm Mat dulu lepas UPSR masuk SBP kat Perlis for like a few months kalau tak salah tapi tiba-tiba nampak muka sewel dia tu kat SMJ. haha Mat lari dari asrama, eee Mat anak manja boo!

Mat-Mat, dulu darjah enam suka kat sorang budak pompuan bernama Afifah, Mat kecik-kecik lagi dah gatai noh.

masa form one Mat paling star sebab Mat duduk 1 Cemerlang, kelas first doh.

masa form two Mat selalu buli aku panggil aku bulat, menyampah gilaaa.

masa form three Mat ada handphone dah, kira Mat la paling canggih masa tu buleh tayang kat kami masa makan nasik lemak kat Yob depan TNB tu.

masa form four since aku dah blah masuk sekolah asrama, jarang jumpa, tapi hujung tahun tusyen intensif kat Bina sama-sama jugakkk.

masa form five masa semua orang baru sibuk nak buat lesen Mat dah tayang gigi putih bersusun dia sebab dia dah ada P! dia lagi awai dari kami semua! hahah.

after form five paling seronok, masa tengah tunggu result tu, sebab sebab sebab having fun all the time, kalau tak makan laicikang kat rumah Nun, kami pi jogging tak pun jalan-jalan naik motor ye lah masa tu tak mampu naik kereta lagi. pagi-pagi dah bangun awai sebab nak pi makan roti canai, sanggup pulak tu ngee.

umur kami sembilan belas tahun, that was when aku selalu tak stabil. selalu homesick. rasa itu ini tak kena. asyik nak down jek. masa tu Mat banyak tolong. bukan apa sangat. dia cuma dengar aku mengeluh, dengar aku nangis merajuk dengan mak dengan bapak, dengar aku bising sebab serabut dengan assignments, dengar aku sedih sebab si ex-boyfriend, tolong topup hehe baik kan Mat baik kan? tolong ambik and hantar kat bus stop hari nak balik KL. sabar jek Mat dengar aku melalak-lalak, thanks Mat thanks a lot. aku tak lupa semua tu. no nope never. susah senang sama-sama dengan aku okei.

err loser kan aku?

tak apa lah, tu umur sembilan belas tahun.

last year umur dua puluh tahun I'm getting better laaa. Mat kalau raya jek mesti nak datang padahal aku tak masak apa pun hihi. dah la tu duk buat segan dengan bapak, bapak pun satu. selalu tak ingat Mat. dia cam Dolah je. hish.

Mat tahun ni kita dua puluh satu! semalam 12 April birthday siapa entah??? ye la ye la, happy 21st Mat! thanks and thank you again for always being there.

bulan Ogos ni Mat nak grad dah pun, how I wish I could be there.

:)

Monday, April 12, 2010

Grow old together will you?

I was late for class today, Mr. Tan's class. I mean, real late like 20 minutes late! haih. ni semua sebab tidur lambat punya pasal buat assignment lepas tu pagi-pagi baru nak terhegeh-hegeh pergi print. well done Farhani well done.

oh btw, semalam Isya (anak sedara Ana, which is anak Kak Lin) datang sini. Ana texted me earlier tanya where am I sebab Isya nak jumpa katanya. haha. look, Isya's 7 years old. darjah 1 and tinggal dekat Damansara sana. I met her twice and she's kinda talkative, mengada sikit (takde la over mengada pun) and yang penting tak jakun macam sesetengah budak yang malu melampau.

I heard her calling my name dari luar Blok Budi lagi. asyik panggil 'Fani, Fani' kureng betul Isya panggil nama je takde pulak nak tambah kakak ke auntie ke kat depan. haha Ana yang mak sedara dia tu pun dia panggil Ana je.

once she's in front of my doorstep tiba-tiba tayang muka segan, padahal tadi Ana cakap dia yang beriya nak jumpa.

alahai comelnyeee Isya.


lagi satu, this is my classmate in MRSM Langkawi dulu, Ammar. dah kahwin ok, dah kahwin. but I didn't manage to pergi kenduri kahwin dia walhal dekat je, kat Kampung Cheras Baru area-area rumah si Ziham Din Zaki tu. next week kenduri kat sebelah rumah Ammar kat Kedah, I'm still not sure whether to pergi atau tak. memang lah teringin nak pergi and yep I want to go back home tapi tak sure lagi weekend yang mana satu nak balik rumah.

sekarang ni busy lagi la.

we'll see about that.

excited sebab he's the first yang kahwin dalam banyak-banyak friends of mine.

nah tengok gambar Ammar dengan wifey baru, tapi gambar curi la haha!

Saturday, April 10, 2010

She has 27 bridesmaid dresses, yeap possible. What about you?

"I cried like a baby at the Keller's wedding"

"I think you deserve to be taken care of for a change"

"And for the first time in a long time, I wanted to be there for somebody"

Babies do come in handy.

I didn't remember the exact day I read this one photographer's blog who's going to be a mother anytime soon. she was telling the readers about her pregnancy and then came the part about how she discovered her pregnancy, that once she found out she's pregnant, she got so excited and she didn't know whether to tell her husband straight away or not.

what she did was she planned on surprising her husband by sticking a note somewhere, written '1+1=3' on it which means, the other one will be the baby.

yeap yeap totally sweet.

but she accidentally spilled the news before she even could write a note to her husband because she said she couldn't hold 'em back any longer.

:)

Birthday.

Ezaddd happy 20th!
akhirnya, 20 tahun.
aku bagi hadiah dah kan?
ala kasih sayang tu.
ingat tak?

haha.

:)

Wednesday, April 7, 2010

Janji Allah itu pasti.

Lenovo aku ada virus siapa berani meh la cucuk pendrive! haha cuak kau. eee laptop ni pun kan sukati-sukati jek nak ada virus masa ni. kalau kat rumah takpa la jugak. senang aku nak terkam apek tu suruh format (free), ya free itu penting.

tapi nasib baik Paje reti format, nanti petang mintak tolong dia formatkan lah sekali dengan Didiey punya.

hmm because of these viruses, my English presentation on The Wild Swans got ruined. I brought my laptop to class yesterday's afternoon to edit the presentation that Didiey had been working on. dah save apa semua and it was our turn so Didiey went straight to Muzapa's lappy and cucuk the pendrive. apalagi, Kaspersky tu pun berbunyi sakan la pendrive tu banyak virus. mana datang virus-virus tu semua? laptop aku jugak.

=.="

Didiey click delete to all those viruses and bila bukak one powerpoint file yang bertajuk 'didiey, fani, sheken' dang! semua hilang, zero, kosong, na-da.

presentation aku habis musnah weyyy!

sebab laptop aku ada virus weyyy!

aiseh. aku dah cuak, bukan, bukan cuak, gelabah. ye lah sebabnya Puan Haleza nak evaluate apa yang akan kami bentang but now everything's gone. how would you feel if you were me? lagi satu aku kesian sama Didiey dengan Sheken. disebabkan laptop aku nanti tak pasal affect their English marks.

tapi Allah itu Maha Mengetahui, janji Allah itu pasti.
Dia tau kami dah berusaha dan buat sehabis baik.

sebabnya luckily Didiey print out the presentation slides, tapi yang non-edited punya la. but it was definitely okay because at least we had something to present, a guideline. kalau tadak printed slides tu mampus lah, aku mana ingat theme moral values cerita tu. so, we keep going till the very end.

Puan Haleza said she's totally okay with that because according to her, these things happened. but, that was what she said. what about our marks sheets? will it be okay too?

I want an A, I strived hard for this one.

please.

Monday, April 5, 2010

Out and about.

random pictures.
random people.
random places.

oh so random!

Sunday, April 4, 2010

Luka mana yang tak pedih.

haram jadah sungguh apa abang kantin bagi wa makan ni, wa senak perut teruk kut der. wuwu kalau berkenan kat wa, slow talk ah, jangan sabotaj ikan keli wa lunch tadi. tiga empat kali berak dah ni. Nun yang suka berak pun boleh kalah dengan wa punya rekod hari ni tau dak.

caih.

selit sikit, English wa The Wild Swans yang kena evaluate themes apa benda semua tu nak siap dah, ni wa nak bangga kat you all ni. wa buat sendiri kut der, mainly idea wa der. Didiey dengan Sheken setuju pulak tu. wa rasa hebat der buat story board pakai molting board dengan usaha tangan wa sendiri.

rupanya wa tadaklah sebegitu bengap in art ni kan.

heheh.

lepak la der, bagi la wa can nak seronok sikit.

ni sat lagi Kamil nak mai bagi baby wa balik. amboih seminggu dia berpisah dengan wa, lekaihla wa rindu teruk dah sampai pi Putrajaya kelmarin pun wa tak bawak dia. wa pinjam Nun punya ja. tapi nasib baik gambar wa lompat silhoutte semua cantik nampak sharp, cece Enna yang ambik dia pun pandai dah la ni.

dah alang-alang wa tulis ni, ada satu benda lagi wa nak mention.

wa ada satu masalah, masalah pompuan.
wa dah pernah consult doctor tapi doctor kata tadak apa.
kadang-kadang wa risau tapi wa tak tau nak buat macam mana.
wa bukan lah nak menyerah kalah,
tapi wa tak tau mana nak pusing.
kiri kanan bawah atas tepi atau depan.
paham tak?

hmmh takpa lah, wa kebal der.
wa survived banyak benda dah.
wa rasa wa tough, macho sikit-sikit.
depa tak rasa macam wa rasa der.
wa tau rasa sakit der.
macam tadi lepas sagat kat paku tepi pintu bilik tu.
pedih der, pedih nampak macam ada darah.
wa yakin diri, kadang-kadang ja malu lebih.
wow self motivation wa tengah tinggi ni der!
lu jangan main-main der!

HAHAHAHAHA.

Nun la suka sangat pakai wa lu der ni.

habis aku pun dah tiru dah.
aku doakan semua selamat.

Insya-Allah noh.

Friday, April 2, 2010

Do things by heart.

this morning bila bukak Facebook I saw my friend, Farah Ibrahim updates her status tulis pasal something related to rindu-rindu ni, saying that she was very malu you know to bagitau straight away to her parents that she miss them.

hehe I think of a word : cute.

lepas tu maybe a friend of her kut yang comment kat status tu and tulis jangan malu untuk cakap yang kita rindukan ibu bapa kita. dia tulis lagi, sementara mereka masih ada kita perlu sentiasa menggembirakan mereka sebab kalau terjadi sesuatu nanti kita tadak la rasa terkilan dsb. it crossed my mind, kenapa perlu malu, ya tak?

so so so tadi petang bapak called membawa perkhabaran beliau di rumah nani dengan mak, visit anak baru kak long la apa lagi. aku tanya la mana adik, tak ikut ka. bapak cakap adik tak ikut, dia nak menelaah kat rumah. kan dia nak SPMMM. ceh macam tipu ja, tengok-tengok satgi call mesti duk melepak kat Zaas. aku pun usik mak dengan bapak, amboi la ni kerja duk berjalan berdua ja, romantik habis. haha bapak gelak.

aku teringat la pasal rindu tapi malu nak mengaku apa semua yang aku tulis kat atas tadi kan, aku pun straight cakap kat bapak dengan mak (memandangkan depa sangat bekerjasama dan pandai berjimat dengan membuat loudspeaker), I miss you both la der (tiru ayat Adnan Sempit sikit kasi gempak) haha lepas tu cuba teka bapak dengan mak jawab apa.

tettt salah!

(padahal tak tau pun ampa semua teka apa)

hahaha.

bapak : rindu? awat, tadak duit ka?
mak : kalau rindu balik la, bila balik lagi?

damnnn ayat bapak tak boleh pergi!

hish ada pulak aku cakap aku rindu dia tanya aku ada duit ka dak.

mesti dalam hati dia berprasangka terhadap aku. mesti dia bajet aku cakap rindu rindu-sayang sayang dulu kira macam bodek dia lepas tu baru mintak duit.

alahai bapak, anakanda mu ini tidak sebegitu materialistik ya.

I love you guys lah sebab ceriakan petang Jumaat Fani hari ni.

XD

moral of the story : jangan malu untuk mengaku rindu walaupun mungkin mak bapak kita akan macam terkejut sikit sebab anak mereka tiba-tiba mengeluarkan sesuatu yang begitu bernas lalu mereka akan memberi komen yang juga mungkin sedikit di luar jangkaan kita.

selamat mencuba dan beramal!

Running away lets run run run.

nak tulis tapi tak ada benda best nak share.

takkan nak tulis pasal coursework Resources in Maths yang serabut tu kut. kalau tulis pasal English yang dipostpone submission date nya pun macam boring. oh itu belum include Anatomi dan Fisiologi punya Frisbee punya jadah yang kena describe each and every movement lepas tu kena buat analisis lagi tu. kalau sambung tulis pasal kerja Statistics yang kena calculate Anova tu nanti ramai yang menguap pulak kan. erm apa lagi? buku log Puteri Islam, folio Puteri Islam. ISL English. latihan Statistics. exhibition Resources in Maths. individual task Pengurusan Bilik Darjah. ISL tutorials folio presentation itu ini.

eh eh eh dah panjang pulak tadi cakap tak tau nak tulis apa.

haah aku sebenarnya memang saja nak tulis pasal kerja yang berlambak ni pun.

Meow meow.

rasa penuh dengan rendah diri.
rasa tak pernah contribute apa-apa dalam groupwork.
rasa kesian dengan groupmates yang lain sebab dapat aku.

sebab buat kerja entah apa-apa.
yang aku tau main Facebook je kut.

*baru sedar perangai buruk sendiri*

:)