Friday, December 4, 2009

The lazy days, ahh.

sakit aih period pain ni. wuwuwu. tak boleh nak buat apa rasa kejang ja kecuali bersila depan laptop, picit-picit butang handphone, baca Kiss Me Once Kiss Me Twice atau tidur. alasan nak curi tulang tak mau sidai baju, sapu sampah dengan basuh pinggan tuu.

however, however hari ni Jumaat, cuti la kalau siapa-siapa yang pernah tinggal di Kedah. tapi aku malas masak jugak. hari ni ja ok hari lain aku masak walaupun mak yang lagi banyak menyumbang hee. mak pun malas, sebab dia sakit gigi. adik lagi la pun malas, sebab dia sakit kaki. ehh tipu! adik memang tak masak pun kecuali hashbrown dia tu ja lah. maka, aku dgn rajinnya keluar beli nasik.


situasi dalam kereta Iswara Aeroback 1.5 hijau milik mak ketika dalam perjalanan mencari restoran-restoran sedap yang berpotensi menjalankan perniagaan mereka pada waktu tengah hari Jumaat seperti hari ni :

aku bawak dgn kelajuan 80km/j tak ada la laju kan, air-cond yang bertanda medium ditemani suara JJ and Ean (jika tak salah) dan dgn hati yang lapar. tiba-tiba bunyi datang dari arah depan aka enjin kereta, aku agak la enjin sebab tak kan bunyi dari tayar kut kan. bising, macam tali kipas pusing tapi tersangkut. aku cuak. aku gelabah katak. aku sorang-sorang ni. nak telepon bapak, bapak kat KL. Bamir kerja, Ba tak tau, Mat kerja. Nunun macam tau la pulak benda-benda macam ni. mampoih jugak dah, fikir aku dalam hati.


dulu lepas servis aircond memang ada bunyi sikit-sikit. tapi dah lama dah tak bunyi ni dia buat hal bunyi balik pulak dah. aku call mak setelah berhenti di bahu jalan sambil bagi signal, right away.

tau dak apa reaksi beliau dengan adik?
depa gelak, oh no aku rasa tak patut betul aku tgh takut ni!

adik kata dia memang bunyi macam tu, mak dah p tanya dah apek kedai air-cond tempat dia servis dulu dia kata tak membahayakan.

uuu free-free ja kena gelak tadi nasib baik tak call orang lain lagi kalau dak for sure malu ganda-ganda. ok tak pa lepas ni jangan larang aku nak ikut bapak servis kereta. aku pun boleh belajar la, kalau nak. malas ja masalahnya sebab tau bapak ada. jadi, bapak lebih berhak dan layak untuk tau benda-benda macam ni. heheh~

4 comments:

Ezadd said...

weyh tolong lah paham yang cerita kau kali ni penuh dengan unsur lawakkk.

lawak gila babs lah gila. sumpah. HAHA.

sila imagine satu block B boleh dengar aku gelak, camtu lah hati aku tergeletek this time. haha.

kepada aircond, jangan bunyi lagi, nnt budi glabyyy. haha

shasha_iffa said...

u..tdo dlm kete mak ke mlm ni? wahaha..lawak ngangg!

zadd..aku bleh dgr bunyik kau gelak!! ~dr mulong~

farha ni said...

Ezadd - kau pun gelak. huh!

Elley - tanak tido, tanak naik lah hari ni. nak mogok dia buat aku takut semalam~

ziharusan said...

Hahahahaha