assalamualaikum dan selamat malam.
sihat semua? aku sihat jugak though not that well. batuk continuously ni sumpah penat. semua ni start dengan demam tiga hari last week dari hari Isnin sampai Rabu. punca demam? kena hujan, kot. and lepas tu gatai tak cepat-cepat mandi. boo padan muka! this is like one of among the worst demam I ever had. tak larat nak buat apa sumpah, pening kepala lagi toksah cakap ah. aku nak bangun duduk sekejap pun tak boleh rasa pusing-pusing, asyik baring je pun rasa lemah jugak. semua memang rasa tak selesa lah, masa sihat jugak yang best. so abang-abang kakak-kakak sila jaga kesihatan diri masing-masing di musim peperiksaan dan musim hujan panas yang tak menentu ni hey ho.
sebotol dah ubat batuk ni aku telan tak baik-baik jugak pun. -___-
satu lagi benda yang merimaskan ialah banjir kat Jitra nuh. risau. aku tau area rumah aku tinggi so far banjir sebelum ni tak pernah la pulak naik air tapi still lah kan. mak cakap tak boleh keluar, air kepung. dah gaya macam duduk kat pulau dah. rumah Enna Jah Im Mok Kat Jihan semua katanya dah naik air. pendek kata Taman Rasa Sayang dengan Taman Bunga Raya dah tenggelam. mak oi.
Nadia memang berfungsi sebagai cik kiah yang menyampaikan maklumat dengan jayanya. dia yang duk buat report update pasal status banjir kat sana. dia kata elektrik dah start tadak. jenuh la mak bapak dengan adik. nak makan macam mana, nak charge phone macam mana, bapak nak pergi kerja macam mana, adik dengan mak nak pergi sekolah macam mana. kesian depa, nak balik nakkkkk.
for proof purposes, ni ada gambar banjir aku curik from Zack.
Chin Hin simpan habis motor-motor dia takut rosak
Nasmer tenggelam, waaa roti teloq mesti tenggelam jugak
jangan tertipu, ni sebenarnya jalan ni dah bertukar jadi tasik



No comments:
Post a Comment