jadah apa title aku tu ye tak? haha believe it or not mak lang aku sms greet raya guna initial SHRMZB tu je semata. mula-mula aku fikir jugak apa benda lah ni hah lepas tu baru paham, jimat masa mak lang kata. tak boleh belek phone lama-lama nanti ketupat lambat masak. (-___-")
well, tahun kemerdekaan ke-53 2010 ni turn raya rumah nani.
balik dua hari sebelum raya, nani sambut dengan kuetiau (ni ejaan betul tau, dah check dictionary dah ;B) tomyam and tiga jenis air buah. rasa nak bunuh diri tak kalau tak makan? kalau tak makan bazir kan. jadi aku belasah semua. sehari sebelum raya, nani masak nasik ayam and disebabkan esoknya tu nak raya maka ketupat, rendang ayam, rendang daging semua dah siap. aku belasah LAGI. tahun ni malas sikit jadi nani tak buat lemang, masi Ina pi ambik kat rumah adik dia. tolong lah percaya, makanan sedap membunuh!
aish cerita pasal raya celebration pulak pelis.
kalau cerita pasal makanan, tiga page pun tak habis.
so far raya was great. dapat jugak duit raya (yeay!) tapi tak aim banyak-banyak dah, ya saya sedar saya tua dewasa tsk tsk. btw, adik-adik sepupu aku paling excited bangun pagi nak ikut pergi sembahyang raya, lepas sembahyang cepat-cepat tanggal telekung sebab nak beratur depan masjid nanti ada orang bagi duit raya. lepas tu bila dah balik rumah bising-bising lagi claim duit raya from makcik pakcik semua. dah habis settle dalam rumah, melarat rumah jiran-jiran nani aku pulak dengan sling bag masing-masing. seronok, teringat kecik-kecik dengan Yana dulu. macam tu lah sebijik aku beraya.
how time flies. *sigh*
bila dah besar ni Y___Y pengertian raya hanyalah tukang bancuh air dan hidang kuih raya untuk sedara mara yang datang visit, ces bunyi nak sedih je.
second day, pagi-pagi lagi gerak balik rumah tok and tahun ni mak dengan bapak ada kemajuan sikit sebab beraya sakan pergi rumah adik-adik tok sekali. selalu tu setakat rumah adik beradik mak je, bagus jugak sebenarnya tadak la adik jakun tak kenal sedara nanti ahaha.
raya ketiga pergi rumah mak lang, attending sesi makan-makan sembang-sembang seperti biasa. kembang aku mak njang puji 'eh rajin Farhani sekarang, tak payah nak suruh-suruh lagi dah haaa macam tu la kesian mama sorang-sorang buat kerja kat rumah blah blah blah' padahal aku basuh pinggan je pun, nak masak kan tak reti hihik. XP
now I'm home sambung raya with these gorgeous fellas!
No comments:
Post a Comment