Wednesday, June 16, 2010

Enchanting kampung of mine.

disebabkan mempunyai kampung yang indah, mak cik yang suka belanja dan nenek yang pandai buat capati sedap maka aku pulang. fine, subjek dan predikat terbalik errr.

tapi, bapak dengan mak tak mau hantaq aku balik. bapak kerja lah apa lah mak nak buat benda sekolah dia so aku balik sendiri. bas ada kan. nak pinjam kereta drive balik kampung pun tak bagi jugak. fahaman mak dengan bapak aku = naik bas lebih selamat daripada drive sendiri. eh macam tu ka? mula-mula memang nak merajuk sebab suruh aku balik sendiri. come on lah jemu kut naik bas! lepas tu baru ok, sebab dalam bas tu tak ramai orang so I could have both seats to myself hehe. rasa macam alone traveller jap sebab sorang-sorang, ceh buat macam tak pernah balik kampung sendiri. nak jugak gedik rasa macam terharu bersusah payah nak balik kampung halaman.

haah kampung aku ada jugak ayam bising pagi-pagi, ada nenek-nenek datang bersidai kat depan rumah waktu petang, ada ulam fresh yang lepas kutip boleh terus makan, ada pondok kecil nani aku buat sendiri, ada toilet kat luar, benda-benda macam tu la.

ada sikit ja lain rumah nani aku. kelainan yang buatkan aku suka kampung aku. kat rumah nani aku kan, peti ais ada tiga, mesin basuh ada dua, periuk belanga ada pelbagai saiz, sofa ada empat set, katil ada tiga, tilam nipis dengan bantal ada berpuluh, TV ada tiga, almari paling sikit pun ada empat.

bukan, nani aku bukan orang kaya. satu pun antara kami tak begitu berharta. tapi kenapa banyak sangat benda dalam rumah nani aku ni? sebab ---> nani ada anak tujuh orang, tiga perempuan empat lelaki. imagine eh, hari tu mak dengan bapak beli peti ais dengan mesin basuh baru. yang lama tu bukan lah rosak pun, saja nak beli baru, upgrade lah kononnya. benda-benda lama ni pos balik rumah nani aku.

lepas tu ada mak cik iaitu kakak bapak aku beli sofa baru, yang lama punya depa repair sikit hantar lagi balik rumah nani aku. nani aku pulak kalau pergi Kelantan, tak sah dia kalau tak beli sarung bantal, toto dan yang sewaktu dengannya.

sekali lagi aku ulang ; anak nani aku tujuh orang, TUJUH ORANG.

dah tu macam mana rumah nani aku tak full? haha. kami ramai-ramai kalau balik kampung untuk raya, memang tak pernah risau tak cukup bantal atau tilam. tidur je mana-mana pun sampai ke dapur pun boleh sebab nani ada banyak tilam.

hah tapi, ada satu benda tak best. biarpun peti ais ada tiga, tapi ais tak pernah ada. still kena keluar jalan kaki beli ais kat kedai depan simpang jalan. dulu aku kecik-kecik aku lah kena buli pergi beli ais sekarang dah besar sikit ni aku order adik-adik sepupu aku pulak pergi beli.

HEHE.

3 comments:

Dalila said...

juai la tilam second hand. kaya nani hang :D

[z@ck] said...

baguih la macam tu.perbanyakkan alatan rumah.nanti kenduri or raya senang.tak gaduh nak berebut mesin basuh.hahaha

farha ni said...

next kenduri aku la tu, aku sepupu paling senior.

yeyey nak kawen! haha.