Monday, March 22, 2010

Serba sikit.

nak update sikit lah pasal seminggu dua ni, I mean sejak SBE sampai cuti hari tu.

1. after habis SBE and at instant on Friday afternoon tu, I went straight to Shah Alam to meet them. it was all fun this and that. dapat la jugak pergi I-City yang popular tu (konon) kat Seksyen 7 and sempat la makan tempat yang Enna nak sangat makan tu apatah restorannya aku pun dah tak ingat. haha ingat dah. restoran bubur nasik tak sedap!

2. on Saturday berjaya jejak KLIA TANPA SESAT untuk hantar Nazat. as usual aku memang pemalu duk main tarik-tarik beg siapa yang nak pergi salam mak Nazat dulu. duh grow up la sikit girls (including me) hihi. erm part nangis-nangis ni tak suka tau. tapi nak buat macam mana tak dapat dibendung. sorry Nazat aku menambahkan kesedihan hang.

3. hari Ahad supposedly Nun and Enna yang hantar pergi Pudu nak balik Jitra pukul dua belas tapi pagi tu jugak la gastrik Nun menyerang. sumpah tak pernah tengok orang gastrik sedahsyat tu and tipu la kalau tak cuak. cuak gila kut tengok dia berguling golek semua sampai Danish dengan Kimi pun buat muka heran tengok Auntie Nun depa sakit. nasib baik ada Abang Sani tolong hantar pergi Pudu and hantar Enna pergi KL Sentral. alamak Nun, hari tu lupa nak cakap thank you kat Kak Da nanti tolong say thanks kat dia nah.

4. sampai rumah Ahad petang nampak Mamak Anuar punya Beetle hitam ada kat luar haha tipu saja mampu la pulak nak pakai kereta tu. tapi masuk dalam rumah kecewa tengok-tengok dia mai sorang tak bawak Adam dengan Piya.

5. Isnin dengan Selasa sumpah tak buat apa-apa lepak dalam rumah saja. panas la tak larat nak pergi mana-mana. nak bayar bil pun tunggu malam baru keluar. huhu. siapkan PJ (sikit) lepas tu selebihnya internet TV movies and merepek dengan Mak saja lah.

6. hari Rabu seronok! sebab pergi rumah Ba. ok fine Ba tadak pun Ba kerja la kan tapi dapat duduk lepak sembang makan dengan Mak and Bamir and Kak Ila (bini baru Bamir) hehe. lepas tu baru aku sedar apa la aku ni punya la lama dah tak pergi rumah Mak. kesian Mak, beriya tak bagi aku balik dulu suruh tunggu Ba balik makan nasi sama-sama. lepas tu tanya lagi aku nak makan apa dia nak masakkan. tak tipu, terharu SANGAT. sepatutnya setiap kali cuti kena la visit kan. tak guna betui. buat benda lain boleh. visit Mak dengan Ba tak boleh pulak kan? hmm. sorry Mak janji tak buat lagi eh.

7. oh yeah on Thursday berlepas ke Penang. cuti memang tak sah kalau tak pergi Penang kan. haha. visit Nenek, moyang la lebih tepat. she's 105 years old yep she is. lepas tu visit Pak Chaq kat hospital ; dia sakit yang lupa tu. apatah orang sebut, Alzheimer kut. lepas tu baru visit Tok dengan Azhan. kesian Azhan masa tu dia terskip makan so dia peluh-peluh and ketar-ketar nasib baik Mak Teh perasan cepat-cepat bagi dia Ribena. alahai semua oarang sakit aku pun naik takut.

8. lasttt sekali baru gerak masuk island. dah petang dah jadi jam sesak macam biasa la kan. sampai kat Flamingo tu pun dah pukul enam something. lepas check-in naik room and lepak kat balcony. masa tu lah aku macam fikir kan best kalau ada orang dengan aku sebab viewnya cantik, totally. hmph nak ajak adik, dia awal-awal dah lompat pergi menyibuk kat room Mak dengan Bapak. tu la anak bongsu memang manja mengada sikit hish. malam lagi best. kebetulan malam tu ada orang main mercun. ada orang barbecue kat pool and ada orang dating kat pantai. auwww jeles lah!

9. hari Sabtu Bapak bagi arahan suruh check out awal sikit sebab Nani call suruh pergi kenduri kat Batu Kurau. ahhh ni aku malas bab-bab kenduri ni. leceh la. dah la rupanya jauh nak mati Batu Kurau tu. tapi terpaksa la ikut jugak nanti tak pasal Mak bising. masa kat kenduri tu aku pun suruh la semua orang lepak sat sebab nak tengok pengantin sekali nah ambik hang rupanya-rupanya adik Masi Norli kahwin dengan suami orang yang berumur 55 tahun and nak pencen bulan Mei ni. aku yang tak tau apa-apa ni terkejut la jugak and segan sebab tadi asyik sibuk tanya pasal pengantin. as expected on the way balik Nani, Mak, Masi Shila and Masi Bibi berpidato panjang pasal jodoh ni. aku sorang saja yang bujang masa tu uwaaa aku la yang tadah telinga dengar sampai naik jemu!

10. dah sampai kat Jitra dalam pukul lima lebih, Mak Lang call cakap Nenek meninggal. Mak kata nasib baik dah visit masa dia sihat sikit hari Jumaat tu kalau tak mesti terkilan sebab Mak dah plan lama dah nak visit Nenek tapi Bapak asyik busy and Adik tusyen semua Mak tak berani nak balik Penang sorang-sorang. so Mak dengan Bapak saja patah balik Penang. Mak suruh duduk rumah kemas-kemas barang sebab Ahad pagi dah nak balik KL dah.

walaupun aku tak begitu rapat tapi aku tetap berdoa untuk Nenek ; semoga roh aman di sana dan dicucuri rahmat.

No comments: