hai. lama tak online, lama tak tulis. lama jugak berjiwa kacau serta berserabut serabai terhadap benda yang entah apa-apa yang sepatutnya tak perlu diserabutkan pun. hehe habit betul.
nampak gaya sem 2 ni semakin busy. semakin banyak tidur pun ya jugak. aku pergi BIG last week. kira camping ah kat Pangkor tu ha. boleh dikatakan letih dan penat. kayak boleh tahan lagi. time mendaki tu yang macam cuak sikit. aku punya la jaga, letak garam apa semua, pakai tight lagi tak mau bagi pacat naik. tapi dengan siotnya dia naik jugak atas kaki aku. dah tu aku pun jerit la sampai naik segan dekat budak-budak lain. aku tak tau la pasaipa. bukan la geli ka apa sangat pun, tapi memang satu perasaan yang maha hebat berombak dalam hati aku bila tengok pacat lembik tu atas kaki aku. sial.
oh yeah semalam masa dalam LRT nak balik BTR around pukul 9.00, aku duduk depan dua orang minah Melayu yang boleh tahan lawa dan muda. aku ulang lagi sekali, MUDA. 30 pun tak sampai lagi rasanya. disebabkan aku naik lebih awal di stesen Bandaraya, aku pun duduk la. minah berdua ni naik kat Hang Tuah. aku diam jek tengok depa mula-mula. mengikut perkiraan aku, depa office-mate. aku lepak-lepak pandang orang kiri kanan sambil nyanyi-nyanyi dalam hati sebab orang ramai, segan la nak humming kuat-kuat. heheh.
lepas tu tiba-tiba aku dengar depa bersoksek-soksek sesama sendiri. antara ayat-ayat yang aku dapat tangkap ialah 'hm tu la budak sekarang, tak hormat orang. selfish, fikir sendiri nak duduk je. tak consider langsung.' lepas tu kawan sebelah dia yang kurus kering macam tiang letrik pun sambung 'betul. mase zaman I dulu, mane ade nak buat perangai macam budak sekarang ni.'
ewah aku yang duduk depan depa ni dah berasap dah. memang aku terasa depa perli aku. sebab aku duduk tak mau bagi tempat kat depa. suka hati aku la. aku bayar RM1.70 ok. kalau aku nampak makcik pakcik yang tua atau ibu-ibu mengandung, aku bagi la. setakat depa tu, malas aku nak bagi. lepas tu sibuk cakap pasal hormat pulak. pendapat aku ialah jika mereka pandai sangat hormat-menghormati serta sopan santun ni, kenapa seksi semacam jek? semalam hari Khamis. orang puasa sunat tau tak. huh bajet baik. ha tengok entah apa aku merepek. meyampah punya pasal. ngee~
sorry kak, saya bermulut celupar sedikit.
:)
No comments:
Post a Comment