Wednesday, March 11, 2009

Lafaz yang tersimpan # 2

hai!

Fifi datang lagi. Fifi baru bangun tidur lepas makan Honey Star tadi. mengantuk la. huhu. sorry. Fifi memang suka tidur. nanti Fifi cuti, Fifi nak tidur banyak-banyak-banyak lagi! yeye.

semalam Fifi janji nak sambung cerita pasal Titi dan Wiwi kan? ni Fifi nak cerita la ni. kepada sesiapa yang merokok, pergi ambil 5-6 batang Marlboro merah supaya tak boring. kalau nak beli jajan Mr. Potato pun boleh jugak. boleh kongsi dengan Fifi, makan sama-sama.

ceritanya macam ni, Titi dan Wiwi saling bergurau senda tak kira tempat. itu memang hobi mereka. dan kemudian mereka akan ketawa bersama. orang yang pandang akan turut sama merasa kegembiraan mereka tu. orang putih cakap 'sharing is caring'. mereka usik-usik guna panggilan tertentu. wahhh. macam bahasa alien lebih kurang yang kita tengok dalam Roswell kat TV dulu tu. tak boring la kiranya tengok gelagat mereka.

pada suatu hari yang terik tapi tak panas sebab dalam kelas ada air-cond, si Wiwi mula mengambil tindakan yang agak ekstrem dengan merisik-risik perihal si Titi pada rakan-rakan lain. mungkin perasaan sayang dan suka telah menjenguk ruangan hati Wiwi yang selama ini dibaluti kesunyian. so basically Fifi rasa Wiwi dah fall for Titi. sweet! hahaha. puas bertanya kepada rakan-rakan di sekeliling, Wiwi pun mendapat jawapan yang dicari-cari selama ini iaitu the fact that Titi masih SINGLE!

pulang ke rumah, Wiwi berguling-guling keseronokan atas katil. dinner untuk malam tu tak payah cakap ah. memang tak makan. kenyang sampai Subuh esok kata dia sebab hari ni dapat satu perkhabaran gembira. senyum pun tak lekang di bibir. rasa macam dah program bibir tu supaya senyum dalam degree yang sama. maksudnya, tak ada senget-benget pun dalam senyuman Wiwi menunjukkan betapa tahap teruja dan gembira si Wiwi tu sangat tinggi.

lalu, Wiwi pun memerah otak untuk mencari idea bagaimana mahu meluahkan isi hati kepada si Titi yang disayangi...

alamak! Fifi ada kelas la pukul 2-5 sat lagi! Fifi belum mandi. nanti lah Fifi sambung lagi. babai kawan-kawan!

6 comments:

Anonymous said...

saya ade name baru utk fifi.
FIFI ARABELLA..!
ahaa..

utk titi n wiwi.
comel nye suke gurau2.
heehee.

Anonymous said...

fren nak mati!

Anonymous said...

wah
terharunya..
emm lili rsa wiwi msti berbunga bahagia kan
titi pulak berdebar tak keruan
hihihi
eh fifi cpt la smbung epsd 3
lili xsabar ni

meL0r@an!S said...

ped busyuk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
n xcumil + mmg bising n hingaq sgt2

Anonymous said...

walaaahhh..cpat lah sambung!!! best gile :)

Mohamad Taqiyuddin Bin Ahmad Fikri said...

HAHAHA...
AK SUPPORT N AKAN JADI PEMBACA YANG SETIA NOVEL KAU FANI SENGAL!!!
HAHA...TERUSKAN!!