Monday, September 22, 2008

A day that made my day.

Ini cherita Jumaat lalu. But, I'm only telling you now. suka hati la.

Khamis malam Jumaat Nun text Ped. Nun ajak Ped pergi hantar Alis kat KLIA. Ped rasa Ped tak mampu la. jauh sangat. nanti Ped nak balik dgn siapa? sorang-sorang pulak tu. naik ERL? hah. macam lah duit banyak sangat. ngam-ngam sampai hari Khamis ni ja.

so...so,

Nun came out with another plan. Plan B la kunun. Nun kata "Jum hantar Alis kat KL Sentral ja la.dekat sikit." whoaa. cadangan bernas. Ped teruja. Ped terus setuju tanpa berfikir panjang. Ped fikir Ped boleh jumpa Nun. Ped rindu Nun dah la. sebulan lebih dah tak jumpa. hikhik. macam gatai. memang la. kami lesbian. awat? nak join? tak payah.

Jadi, msg punya msg sampai kredit pun dah tinggal sikit, kata sepakat dicapai. Ped will be meeting Nun kat Mid dulu at 2. after that baru gerak pergi Sentral jumpak Alis.

Friday morning at class, Ped bagitau Dididey Ped nak pergi hantar Alis.and Didiey was like
"Eh, nak ikut." *raised eyebrows*
Ped kata "Jum la. ramai-ramai macam best."
tapi Didiey ada hockey nanti. dia pergi lewat sikit kut. Ped pegi dulu.

Ped is veryyy lucky. Why did Ped said so? because KakWae willingly to accompany Ped (sounds like makcik guard muka garang pakai baju biru gelap jaga gate IPT lak). haha. Ped bagitau KakWae Ped nak gerak around 1.30 PM. sebab nak tunggu cab lagi. lagipun manusia-manusia yang bernama lelaki tengah solat jumaat. tak da la busy sangat jalan nanti. ya ka? Ped think it is the other way round.

Ala. lantakla. bukan la nak guna jalan dua lane sebelah kanan and dua lane sebelah kiri tu setiap hari pun. tapi, guna jugak. bila Ped dengan kawan-kawan nak pergi Bazar tanpa guna jejantas. ada tanda amaran oo kat situ.
"blablabla denda tidak melebihi RM500."
wow. kira Ped berani la. sebab masih lintas jalan tak guna jejantas.

Dahla. Ped nak cerita pasal jumpa Alis and Nun sebenarnya.

Ok. sambung.

Ped pun pergi la tunggu cab. gedebang gedebuk, sampai la dekat Salak Selatan. beli tiket. kena pakai machine pulak tu. kakak tiket KTM tengah rehat. hampeh. nasib baik Ped dengan KakWae ada duit seringgit kaler biru. kira habis terer la pakai machine hari tu. teknologi babe. cepat dan tangkas. Malaysia semakin maju.

Train lambat as usual. Ped and KakWae waited patiently. Boring buduh. KakWae takpa la tengah cakap dengan Bro. Ped mana ada Bro nak talk with. Ped pun duduk diam-diam sebelah KakWae sambil tengok depan. Ped sempat tengok ERL melintas dengan laju dua tiga kali. kemudian ada pulak mat bangla gila mana entah staring at my pink phone. macam nak curik ja. jangan wey. sebijik tu je la harapan nusa bangsa.

Suka hati dia. train sampai. masih belum padat macam Burger Lebai kat KFC Jitra. Ped and KakWae berkesempatan untuk naik. yes lagi.

Sampai Mid. baru ja masuk Diesel sebelah World Of Cartoons tu, Ped ternampak kelibat Nun. yey. Nun sampai dah. Shah Alam to Mid alone. Nun semakin berjaya.

Jalan, jalan, jalan dan jalan lagi sampai lenguh. masuk kedai kasut. kedai baju. Jusco. Nose. Vincci. Padini. Seed. semua belasah la. tapi, Ped tak boleh beli apa-apa sebab I'm on a tight budget. padan muka Ped si Big Spender.

4.15 PM. kami tunggu train lagi untuk ke Sentral. keadaan mula sesak dengan manusia. especially bangla-bangla tak hengat tu la.

[PakLah Dearie, tolongla banyakkan lipan-lipan elektrik ni secepat mungkin. rakyat Malaysia menetap di KL ni semakin banyak tau.]


Train sampai dan penuh gila babi. Ped dan kawan-kawan Ped tak sempat naik. tunggu dan tunggu lagi, train kedua sampai. yes. sempat naik. walaupun Ped tersepit dengan horror, Ped bersyukur. ala. satu stesen je pun. sabar separuh dari iman. fakta yang tepat lagi jitu buat masa-masa genting seperti itu.

Dah sampai Sentral, KakWae pergi sembahyang dulu. Ped pun beratur la sorang-sorang buat muka selamba nak beli tiket Putra pulak. next destination : Masjid Jamek. sebab Ped nak pergi beli tudung kaler biru. haha.

Seusai membeli tiket, Ped, Nun serta KakWae bergerak ke ERL nya tempat. Dididey dan rakan se-Bachoknya tiba kemudian. ni kira semua pakat-pakat tengah tunggu Alis la ni. Ped masih bersabar.

6.00 PM dan Alis masih belum sampai.
"Entah-entah Alis dah sampai KLIA kut." Nun buat lawak.

Lawak Nun menjadi nyata. ya. Alis telah naik ERL beberapa minit yang lalu memandangkan Alis tidak melihat kami yang sedang menunggu dia di mana-mana.
no one can blame her. she needed to be hurry. she has to be kat KLIA at least 3 hours before her flight. orang tu nak pergi UK ok. bukan naik MAS pergi Pulau Pinang.

Ped dan KakWae pun berkira-kira untuk blah. Nun pun kena balik Shah Alam. Kadesh tengah tunggu to fetch her up with Tomyam Campur.
beratur lagi kat Platform 1 Putra tu. alamak. sungguh tidak menarik.

Nasib baik Ped tak terlalu gemuk lagi, sebab Ped and KakWae manage to masuk the first LRT yang sampai. sesampai kat Jamek, Ped and KakWae gerak celah-celah manusia KL yang baru balik kerja untuk masuk ke Jalan TAR. so, I did bought my blue tudung. yey kali kedua. and the time now is almost 7:10 PM. maksudnya nak bukak puasa la bunguk! tengah-tengah jalan nak masuk Shogo tu la azan bunyi.

Air cincau dan keropok lekor menjadi pilihan hati.

Ped dan KakWae nak makan McD. KakWae ada kupon tau for McChicken nya set. tapi, small ja la. dapat pun free kat The Sun. kira orait apa. Ped restate again, I'm on a tight budget. Mak pun cakap, berjimat-cermat amalan mulia. eleh. tang tang takdak duit ni la teringat pepatah berjimat? haha again.
McD pun penuh. Ped redha. KakWae kata dia solat dulu lah. jimat masa sikit. Ped ok je. lepas KakWae solat apa bala, baru masuk balik and heading towards McD. orang dah tak ramai. tempat pun dah banyak kosong. dah beli, duduk. makan. lepak-lepak. sembang-sembang. letih oi. jalan merata. then, we decided to balik. it's 8.15 PM ++ dah.

Lagipun, KakWae ada date dengan Bro malam nanti at 10:30 PM. memanglah kami punya alasan yang konkrit untuk pulang secepat mungkin.

: THE END :




Jika aku mati pada hari esok, kuburkan aku bersama-sama fail Maths 2 : Differentiation and Integration. Akan ku kenang jasa kalian buat selamanya.

No comments: